Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Pengguna Di AS Akan Terima Amaran Ujian Kecemasan, Tidak Libatkan Malaysia

Hanya Pengguna Di AS Akan Terima Amaran Ujian Kecemasan, Tidak Libatkan Malaysia

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Oktober 4, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai amaran ujian kecemasan untuk telefon, TV dan radio yang dikatakan rancangan untuk mengaktifkan graphene oksida ke dalam badan manusia dan sebagainya.

Berikutan itu, ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna, sehingga ada yang ingin mematikan peranti dan sebagainya. Apa yang berlaku sebenarnya?

Berkaitan

  • Semua Urusan Di Aplikasi MyJPJ Dijangka Boleh Guna Sepenuhnya Pada 2025
  • Skrin iPhone Ada Kod QR Tersembunyi Bersaiz Sebutir Pasir Bagi Atasi Isu 'Scam' Skrin Rosak
  • Apple Support Tidak Lagi Sediakan Bantuan Individu Melalui Platform X

Ujian sistem kecemasan AS

Dalam kenyataannya, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) dan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat merancang untuk menguji sistem amaran kecemasan AS pada hari Rabu, 4 Oktober 2023.

Mesej teks kecemasan tersebut akan dihantar ke telefon bimbit di seluruh Amerika Syarikat. Dalam erti kata lain, ia tidak melibatkan pengguna global, termasuk Malaysia.

Ujian Amaran Kecemasan Tanpa Wayar dijadualkan bermula pada jam 2:20 petang waktu E.T (5 Oktober, 2.20 pagi waktu Malaysia), yang mana pengguna akan menerima mesej teks dalam bahasa Inggeris atau Sepanyol, bergantung pada tetapan bahasa peranti.

FEMA FCC

Nada amaran akan dimainkan apabila pemberitahuan diterima pada mulanya. Selain telefon pintar, mesej ujian juga akan dihantar ke TV dan radio di AS, yang berbunyi,

This is a nationwide test of the Emergency Alert System, issued by the Federal Emergency Management Agency, covering the United States from 14:20 to 14:50 hours ET. This is only a test. No action is required by the public.

Dalam pada itu, FEMA memaklumkan sekiranya ujian pada 4 Oktober ditangguh disebabkan cuaca buruk yang meluas atau peristiwa penting lain, tarikh ujian sandaran ialah 11 Oktober 2023.

Untuk makluman, Amaran Kecemasan Tanpa Wayar digunakan di AS untuk membenarkan agensi persekutuan, negeri dan tempatan menghantar mesej kecemasan ringkas dari menara sel di kawasan yang disasarkan.

Ia direka untuk memberi amaran tentang bencana alam atau buatan manusia yang akan berlaku, serta turut digunakan untuk amaran penculikan kanak-kanak dan keselamatan awam.

Dengan itu, sekali lagi diingatkan ia tidak melibatkan pengguna di Malaysia atau negara lain. Sebaliknya, hanya membabitkan pengguna di AS sahaja.

Sumber: FEMA via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY