Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Model Google Pixel Sedia Ada Terkecuali Dari Membayar Storan Google Photos

Hanya Model Google Pixel Sedia Ada Terkecuali Dari Membayar Storan Google Photos

Diterbitkan November 13, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini, Google membuat keputusan tergempar tidak lagi menawarkan storan percuma untuk Google Photos. Sebaliknya ia akan menggunakan kuota Google Drive sebanyak 15GB. Untuk perkhidmatan seperti Google Docs, Sheets, dan Slides, ia turut menggunakan kuota sama.

Pada mulanya, kita semua menjangkakan Google akan menawarkan storan percuma hanya kepada telefon Pixel. Namun sebaliknya pula yang berlaku.

Menurut laporan dari Android Central, untuk telefon Google Pixel yang akan datang selepas Pixel 5, Google turut tidak menawarkan storan percuma Google Photos.

Ini bermakna selepas 1 Jun 2021, model Pixel (2016) hingga Pixel 5 sekarang masih lagi boleh membuat sandaran gambar resolusi tinggi percuma tanpa menggunakan kuota.

Sebelum-sebelum ini, antara faktor menarik pembelian telefon Pixel adalah penawaran Google Photos secara percuma. Jika Google tidak menyertakan lagi ciri ini untuk model mereka yang akan datang, apa lagi alasan peminat untuk membeli telefon Pixel?

Sumber: Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY