Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Scribble diffusion

Hanya Guna Telefon, AI Ini Boleh Ubah ‘Contengan’ Menjadi Imej

Diterbitkan April 5, 2023 · Dikemas kini April 5, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak kebelakangan ini, kecerdasan buatan (AI) semakin menjadi bualan ramai. Terutamanya dengan kehadiran chatbot seperti ChatGPT, Bard, dan sebagainya. Terbaharu, satu laman web telah dibangunkan, yang membolehkan contengan atau lakaran bertukar kepada imej dengan bantuan AI.

Berkaitan

  • Microsoft Copilot - Pembantu AI Macam ChatGPT Tapi Dalam Word, Excel, Outlook, Teams
  • Sistem AI Boleh Gantikan 300 Juta Pekerjaan - Laporan

Dinamakan sebagai Scribble Diffusion, laman web ini boleh diakses dengan peranti mudah alih atau komputer secara percuma. Hanya berbekalkan lakaran kasar dan penerangan ringkas mengenainya, ia boleh menghasilkan imej dengan bantuan AI.

Cara menggunakan Scribble Diffusion

Di bahagian kotak putih, buat satu lakaran atau lukisan. Anda boleh menekan butang “Undo” dan “Clear” untuk batalkan stroke terakhir atau padam semua lukisan tersebut.

moon_scribble diffusion2

Berikan penerangan ringkas mengenai imej yang anda mahu hasilkan dan tekan “Go”.

Proses untuk menjana imej mungkin mengambil tempoh beberapa saat. Setelah selesai, anda boleh menyimpan atau berkongsi imej tersebut dengan klik pada “Copy link”.

moon_scribble diffusion3

Perlu diketahui, imej yang dihasilkan tidaklah setanding dengan sistem AI seperti Midjourney atau Stable Diffusion. Walaupun begitu, ia menyediakan platform untuk membantu pengguna menghasilkan contengan menjadi imej yang lebih baik dan memberikan gambaran bagaimana sistem AI berfungsi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY