Beberapa hari lalu, Xiaomi telah pun melancarkan sebuah telefon siri terbaru yang dikenali sebagai Xiaomi Civi. Ia juga yang merupakan pengganti bagi siri Xiaomi CC.
Xiaomi Civi ditawarkan pada tanda harga bermula dari 2599 yuan (~RM1685) dan terhad buat pasaran China sahaja buat masa ini.
Pada harga itu, ia dilengkapi dengan perkakasan premium seperti skrin 6.55 inci dengan panel OLED FHD+ yang menyokong kadar penyegaran 120Hz, input sentuh 240Hz, warna 10-bit, HDR10+ dan Dolby Vision.
Jadi mungkin kerana itulah, Xiaomi Civi telah mencatatkan jualan yang cukup memberangsangkan.
Menurut Pengurus Jualan Xiaomi, siri telefon pintar terbaru mereka ini telah mencatatkan julan mencecah sehingga 200 juta yuan (USD31 juta) hanya dalam masa 5 minit sahaja selepas ia dipasarkan.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa peranti tersebut sangat popular dan menjadi pilihan utama pengguna di China.
Xiaomi Civi turut dilengkapi dengan kamera utama 64MP (tanpa OIS) bersama padanan 8MP ultra lebar dan 2MP makro.
Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 778G dengan konfigurasi memori hingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 55W dan juga terbina pembesar suara stereo Dolby Atmos dan sokongan Hi-Res.
Setakat ini tiada khabar adakah Xiaomi Civi akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
Sumber: GizChina
Baca juga: