Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jerebu malaysia

Hanya 7 Negara Di Dunia Miliki Kualiti Udara Yang Bersih – Laporan

Diterbitkan Disember 30, 2024 · Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

Laporan Kualiti Udara Dunia 2023 oleh IQAir mendapati, hanya 7 negara di dunia mencapai tahap kualiti udara yang selamat berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

7 negara itu ialah Australia, Estonia, Finland, Grenada, Iceland, Mauritius, dan New Zealand. Tetapi, negara Puerto Rico, Bermuda, dan Polinesia Perancis juga memenuhi standard ini.

Partikel halus PM2.5, yang boleh menyebabkan penyakit jantung, paru-paru, tekanan darah tinggi, dan kematian pramatang, menjadi indikator utama pencemaran.

Menrutu laporan itu, Iceland mencatatkan udara paling bersih di Eropah (4µg/m3), diikuti Estonia (4.7µg/m3) dan Finland (4.9µg/m3).

Secara keseluruhan, 54% bandar Eropah berada dalam kategori hijau pada 2023, meningkat daripada 39% pada 2022.

Negara-negara seperti Sweden, Ireland, dan Portugal juga disenaraikan berada dalam kategori ini.

Map Dashboard

Negara seperti Lithuania, Czech Republic, dan Croatia berada dalam kategori kuning (hingga tiga kali ganda standard selamat).

Croatia mencatatkan kemajuan besar dengan pengurangan PM2.5 lebih 40%, hasil peningkatan tenaga boleh diperbaharui (31% dari campuran tenaga) dan dasar untuk menghentikan penggunaan arang batu menjelang 2033.

Namun, beberapa negara seperti Bosnia dan Herzegovina serta Macedonia Utara masih dalam kategori merah (lebih lima kali ganda standard selamat).

Iğdır di Turkiye menjadi bandar paling tercemar di Eropah, dengan tahap PM2.5 sembilan kali ganda daripada standard selamat.

Bagaimana dengan Malaysia?

Bagi status kualiti udara di Malaysia pula, IQAir mengklasifikasikan purata kualiti udara di Malaysia sebagai kuning dengan partikel halus PM2.5 didapati 4.5 kali lebih tinggi daripada tahap selamat berdasarkan garis panduan WHO.

Meletakkan Malaysia di tangga ke-38 daripada 134 buah negara yang mempunyai kualiti udara terburuk pada 2023.

kualiti udara

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C
  • Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia - Kajian

Sumber: Euronews ,IQAir

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY