Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DelyvaNow App

Hantar “Parcel” Lebih Mudah Dengan Aplikasi Ini

Diterbitkan Mei 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Esok, bermulalah rakyat Malaysia menghadapi “Total Lockdown” di seluruh negara. Dengan ini, mungkin ramai peniaga sudah bersedia untuk meneruskan perniagaan secara dalam talian. Akan tetapi, kadangkala peniaga pasti menghadapi masalah dengan kurier yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, Delyva Sdn. Bhd. hari ini telah melancarkan aplikasi mudah alih yang mana ia memudahkan peniaga mikro, kecil dan sederhana untuk menghantar barang atau parcels kepada pelanggan.

Menerusinya, pelanggan boleh menempah, menguruskan serta mendapat notifikasi bagi kesemua penghantaran yang sedang dibuat.

Hantar “Parcel” Lebih Mudah Dengan Aplikasi Ini

Selain itu, Delyva turut menawarkan lebih banyak kurier seperti Bungkusit, GrabExpress, Janio, J&T Express, Lalamove, MrSpeedy, Ninja Van Malaysia, pandago dan Teleport.

Baca juga – Cara Matikan Bunyi ‘Shopee!’ Di Telefon Pintar

Aplikasi DelyvaNow boleh dimuat turun di iOS dan juga Android hari ini dan ia tidak terhad untuk peniaga sahaja. Anda juga boleh menggunakannya untuk melakukan penghantaran memandangkan kita perlu kekal di rumah sekarang.

Muat turun DelyvaNow di:

  • iOS
  • Android

Sumber: Siaran Akhbar Delyva

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY