Hampir Separuh Populasi Dunia Merupakan Pengguna Media Sosial

Berdasarkan laporan statistik yang disusun oleh We Are Social dan Hootsuite, didapati pengguna media sosial seluruh dunia telah melebihi angka 3 bilion pengguna aktif.



Ia merupakan satu perkara yang agak mengejutkan kerana jika difikirkan semula, populasi bumi dianggarkan berjumlah 7.524 bilion penduduk. Selain daripada itu, data-data yang diperolehi daripada pelbagai sumber serata dunia menjangkakan jumlah itu bertambah dari masa ke masa.

Sejak April yang lalu, terdapat 4% peningkatan pengguna aktif di seluruh dunia dan ia bersamaan dengan 121 juta orang atau lebih kurang 1 juta pengguna sehari.

Facebook sudah pasti mendominasi carta pengguna aktif seluruh global diikuti beberapa platform media sosial lain yang juga dibawah satu syarikat yang sama, seperti...

  • Youtube

  • Whatsapp

  • FB Messenger.




Melihat kepada statistik ini, boleh dirumuskan bahawa telefon pintar merupakan peranti penting bagi dua pertiga penduduk dunia.

Diantara dua musuh tradisi, Android dan iOS, sudah pasti ia berpihak kepada Android. Difahamkan sejak awal tahun 2017, peratusan pegangan pasaran iOS berada dalam keadaan statik tanpa peningkatan.



Laporan penuh disini

Sumber: The Next Web