Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hampir Sejumlah 100 Tompok Matahari Dikesan Dalam Tempoh 31 Hari Ini

Hampir Sejumlah 100 Tompok Matahari Dikesan Dalam Tempoh 31 Hari Ini

Diterbitkan Mac 25, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data yang dikongsikan oleh Jabatan Metereologi Malaysia, terdapat hampir 100 tompok Matahari telah dikesan dalam tempoh 30 hari ini.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjelaskan, tompok Matahari adalah kawasan sejuk di lapisan fotosfera yang dihasilkan oleh perubahan setempat di dalam medan magnet Matahari serta cenderung untuk terbentuk dalam kumpulan-kumpulan.

Suhu tompok Matahari adalah lebih rendah iaitu sekitar 4000o darjah selsius berbanding dengan suhu purata pada lapisan fotosfera, iaitu 6000o darjah selsius.

Menjadikan tompok Matahari sebagai kawasan paling sejuk di permukaan Matahari.

Screenshot 2022-03-25 at 9.34.21 PM
Kredit: MET Malaysia. (SESC – The Space Environment Services Center)

Tompok Matahari akan mengembang dan mengecut dan kebiasaannya akan hilang sepenuhnya selepas beberapa hari hingga beberapa minggu.

Anggaran jangka hayat sesuatu Tompok Matahari pula adalah di antara beberapa hari hingga ke beberapa minggu.

Peningkatan bilangan tompok Matahari sering berkait rapat dengan kejadian kitaran Matahari maksimum yang berlaku setiap 11 tahun yang menyebabkan berlakunya aktiviti Matahari seperti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) sekaligus berpotensi menghasilkan lebih banyak insiden ribut solar.

Dalam bulan Februari lalu, MYSA memaklumkan Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam sebanyak 4 imej yang memaparkan kemunculan dan kehilangan Tompok Matahari serta peredaran Tompok Matahari.

Hampir Sejumlah 100 Tompok Matahari Dikesan Dalam Tempoh 31 Hari Ini

Sumber: MYSA, MET Malaysia, Space Weather Prediction Center

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY