Hampir 1% Komputer Sudah Menjalankan Sistem Operasi Windows 11

Pada bulan lalu, Microsoft telah pun melancarkan rasminya versi terbaru sistem operasi komputer Windows 11.

Tetapi ia belum lagi ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna komputer buat masa ini.

Namun begitu menurut laman statistik Adduplex, sistem terbaru Windows 11 itu sudah pun dijalankan oleh 0.9% komputer di seluruh dunia.



Buat masa ini, Windows 11 tidak ditawarkan secara terbuka di mana hanya pengguna yang mendaftar dengan Windows Insider Program sahaja yang dapat mencuba terlebih dahulu sistem operasi tersebut.

Microsoft tidak menyatakan secara terang bilakah Windows 11 akan ditawarkan kepada semua pengguna komputer.

Tetapi dijangkakan, Microsoft akan mula menawarkan sistem operasi itu kepada semua seawal bulan Oktober tahun ini.

Sumber: Adduplex

Baca juga: Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya