Guna Arahan Suara Google Assistant Untuk Navigasi Dalam Waze

 

Kebanyakan pengguna peranti mudah alih mungkin sudah terbiasa atau mengenali aplikasi navigasi Waze dan aplikasi pembantu di Android iaitu Google Assistant yang dimana kedua aplikasi tersebut mempunyai objektif yang berbeza.

Tetapi dengan kehadiran kemaskini dari Google Assistant, kini anda boleh memberi arahan didalam aplikasi navigasi Waze anda menggunakan suara yang dibantu dari aplikasi Google assistant.

Pernahkah anda melihat amaran yang diberikan di dalam aplikasi semasa anda ingin mencari lokasi dengan menaip perkataan lokasi tersebut, dan muncul amaran dilarang menaip semasa memandu? Anda mungkin abaikan amaran tersebut kerana tiada siapa yang boleh membantu anda menaip ketika memandu.



Kini amaran itu tidak boleh mengganggu lagi kerana anda boleh memanggil Google Assistant dengan ayat "Hey, Google, report a crash" untuk melaporkan kemalangan, "Hey, Google, avoid tolls"  bagi mengelakkan tol, "Hey, Google, report police" untuk membantu pengguna jalan raya yang lain tentang kewujudan polis pada waktu itu, "Hey, Google, report traffic", untuk melaporkan kesesakan lalu lintas pada laluan anda dan "Hey, Google, show me alternate routes" untuk menggunakan jalan alternatif yang lain.

Ia sangat membantu dimana pengguna dapat mengelakkan hilang tumpuan sewaktu pemanduan disamping berinteraksi dengan aplikasi hanya melalui arahan suara Google Assistant.



Selain itu,  arahan suara kepada Google Assistant didalam aplikasi Waze boleh digunakan untuk memulakan pemain musik, mengarahkan untuk pergi ke lagu seterusnya, meletakkan sesuatu lagu pada senarai atau 'Add to Queue', baca dan membalas sesuatu mesej melalui percakapan, membenarkan Google Assistant membaca notifikasi anda tanpa memandang paparan skrin peranti, melakukan carian di enjin carian Google dan lain-lain.

Untuk menggunakan ciri-ciri ini, anda dinasihatkan untuk mengemaskini kedua-dua aplikasi tersebut pada versi yang terbaru di stor Google Play anda.

Sumber: Life Hacker

 

Berkaitan