Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Guna Arahan Suara Google Assistant Untuk Navigasi Dalam Waze

Guna Arahan Suara Google Assistant Untuk Navigasi Dalam Waze

Diterbitkan Jun 12, 2019 · Dikemas kini Jun 12, 2019 oleh Haikel Areff

 

Kebanyakan pengguna peranti mudah alih mungkin sudah terbiasa atau mengenali aplikasi navigasi Waze dan aplikasi pembantu di Android iaitu Google Assistant yang dimana kedua aplikasi tersebut mempunyai objektif yang berbeza.

Tetapi dengan kehadiran kemaskini dari Google Assistant, kini anda boleh memberi arahan didalam aplikasi navigasi Waze anda menggunakan suara yang dibantu dari aplikasi Google assistant.

Pernahkah anda melihat amaran yang diberikan di dalam aplikasi semasa anda ingin mencari lokasi dengan menaip perkataan lokasi tersebut, dan muncul amaran dilarang menaip semasa memandu? Anda mungkin abaikan amaran tersebut kerana tiada siapa yang boleh membantu anda menaip ketika memandu.

https://wiser.my/wp-content/uploads/2019/06/kyw3bmdvpmk33ybbgbfv.mp4

Kini amaran itu tidak boleh mengganggu lagi kerana anda boleh memanggil Google Assistant dengan ayat “Hey, Google, report a crash” untuk melaporkan kemalangan, “Hey, Google, avoid tolls”  bagi mengelakkan tol, “Hey, Google, report police” untuk membantu pengguna jalan raya yang lain tentang kewujudan polis pada waktu itu, “Hey, Google, report traffic“, untuk melaporkan kesesakan lalu lintas pada laluan anda dan “Hey, Google, show me alternate routes” untuk menggunakan jalan alternatif yang lain.

Ia sangat membantu dimana pengguna dapat mengelakkan hilang tumpuan sewaktu pemanduan disamping berinteraksi dengan aplikasi hanya melalui arahan suara Google Assistant.

Guna Arahan Suara Google Assistant Untuk Navigasi Dalam Waze

Selain itu,  arahan suara kepada Google Assistant didalam aplikasi Waze boleh digunakan untuk memulakan pemain musik, mengarahkan untuk pergi ke lagu seterusnya, meletakkan sesuatu lagu pada senarai atau ‘Add to Queue’, baca dan membalas sesuatu mesej melalui percakapan, membenarkan Google Assistant membaca notifikasi anda tanpa memandang paparan skrin peranti, melakukan carian di enjin carian Google dan lain-lain.

Untuk menggunakan ciri-ciri ini, anda dinasihatkan untuk mengemaskini kedua-dua aplikasi tersebut pada versi yang terbaru di stor Google Play anda.

Sumber: Life Hacker

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY