Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kumpulan Scammer Terbesar Dari Nigeria Berjaya Ditumpaskan INTERPOL

Kumpulan Scammer Terbesar Dari Nigeria Berjaya Ditumpaskan INTERPOL

Diterbitkan November 27, 2020 · Dikemas kini November 27, 2020 oleh ariff bukhari

INTERPOL dengan kerjasama penyiasat jenayah siber Polis Nigeria dan Grup-IB dilaporkan telah berjaya menahan 3 suspek utama yang dipercayai mendalangi aktiviti scammer terbesar di negara itu.

Kejayaan penahanan 3 suspek itu adalah hasil siasatan yang dijalankan bertahun-tahun oleh penyiasat di bawah operasi ‘Falcon’.

Kesemua suspek dipercayai telibat dalam pelbagai aktiviti jenayah siber seperti membangunkan pautan phisihing, kempen penipuan menerusi lambakan e-mel dan menyamar sebagai wakil dari pelbagai organisasi termasuklah kerajaan.

Suspek juga didapati menggunakan pelbagai perisian hasad termasuklah perisian intip  dan perisian kawalan jauh seperti AgentTesla, Loki, Azorult dan Spartan.

“This group was running a well-established criminal business model. From infiltration to cashing in, they used a multitude of tools and techniques to generate maximum profits. We look forward to seeing additional results from this operation,”Craig Jones, Pengarah Siasatan Jenayah Siber INTERPOL.

Sepanjang aktiviti jenayah mereka dari 2017, sasarannya adalah terdiri daripada pelbagai kategori termasuklah organisasi kerajaan dan sektor swasta yang melibatkan mangsa dari lebih 150 buah negara.

Sumber: INTERPOL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY