APO adalah satu ciri istimewa yang mengoptimumkan dan meningkatkan prestasi GPU Intel Arc dalam test seperti 3DMark. Dan setakat ini, ciri APO ini hanya mempengaruhi ujian seperti TimeSpy dan Port Royal sahaja.

Berdasarkan gambar di atas, Intel Arc A380 mencatatkan skor 5,757 dalam versi terdahulu dan pengaktifan APO. Setelah kemas kini terbaru dan tanpa pengaktifan APO, A380 hanya mencatatkan skor 4,929 sahaja di mana 15% lebih rendah daripada sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Intel Arc A380 hanya mencatatkan penurunan sekitar 4% sahaja dengan test tanpa APO. Jadi kita boleh agak bahawa APO tidak memberi sebarang perbezaan yang ketara dalam ray-tracing.
Di samping itu, berdasarkan pencarian saya, GPU A380 telah pun tersedia dan dijual di pasaran China melalui ciapan ini:
https://twitter.com/ryanshrout/status/1544451373823131648
Walaupun begitu, Intel Arc dilaporkan juga mempunyai prestasi yang lebih baik dan berbeza dalam mengendalikan permainan video berbanding ujian di atas. Namun, masih sukar untuk kita meletakkan siri Intel Arc ini mempunyai prestasi setanding dengan kad-kad grafik berkuasa daripada AMD dan NVIDIA dengan data yang sedia ada sekarang.
Sumber: videocardz
Berkaitan
- Papan Induk Intel Z790 Mungkin Hadir Bulan Ini, Sokong PCIe Gen5 M.2 SSD
- Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD
- Cip Intel Gen-13 Raptor Lake Dijangka Hadir Oktober Ini
- Siri Intel Core Gen-13 'Raptor Lake' Kini Dilancar
- Permintaan Kad Grafik Dilaporkan Menurun 50%, Intel Dan Nvidia Mungkin Terkesan
- Gigabyte Melancarkan 2 'Motherboard' Kompak Baharu Untuk Intel Gen 12
- GPU Dari Intel Dikatakan Gagal? Ini Jawapan Intel
- Cip Pertengahan Ryzen Siri 7000 'Tapau' Cip Intel Core i9-12900K
- Siri Titan GT77 MSI Kini Dikuasakan Intel Gen-12
- Intel Core i9-13900KS Rasmi, Yang Pertama Capai Kelajuan Maksimum 6.0GHz