GoPro Lancarkan Sebuah Aplikasi Yang Dipanggil QuikStories

Kamera aksi GoPro telah melancarkan QuikStories, sebuah aplikasi untuk Android dan iOS.

Fungsi terbaru aplikasi itu boleh menghasilkan filem pendek dengan mengambil kandungan dari Hero5 dan Hero 5 Session.

QuikStories memberi peluang kepada pengguna aplikasi Android dan iOS untuk menyunting video mereka terus menerusi peranti mereka.

Aplikasi itu dapat memudahkan pengguna mereka yang mempunyai kamera Hero5 dan Hero5 Session tanpa perlu membuka perisian di komputer mereka.

https://youtu.be/3r_Z5AYJJd4

GoPro juga memberi ingatan bahawa kamera Hero 5 mereka seharusnya mempunyai sebanyak 20% bateri bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ini kerana peranti boleh terpadam tiba-tiba semasa pemindahan video.

Aplikasi penyunting video terbaru ini merupakan strategi GoPro dalam menggalakkan pengguna mereka untuk berkongsi video mereka di laman media sosial.

Sumber