Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tambah Ciri Baharu Dalam Google Contact, Mudah Untuk Telefon Skrin Besar

Google Tambah Ciri Baharu Dalam Google Contact, Mudah Untuk Telefon Skrin Besar

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh Anis Maisarah

Google telah menambah satu lagi ciri baharu untuk aplikasi Google Contact yang memberi faedah kepada pengguna peranti skrin besar. Kemas kini ini dilakukan oleh para pembangun untuk memastikan aplikasi ini selaras dengan garis panduan reka bentuk semasa Google.

Aplikasi ini sebenarnya sudah dibangunkan dahulu, namun kini ia telah membuat penambahan bar Material You di sebelah bawah aplikasi. Hal ini adalah untuk mengurangkan penekanan kepada menu ‘Hamburger‘ kepada skrin telefon yang lebih besar. Anda boleh lihat perubahan ciri lama dan ciri baru seperti gambar yang di bawah.

Ciri lama Google Contact :

Google Tambah Ciri Baharu Dalam Google Contact, Mudah Untuk Telefon Skrin Besar

Ciri baharu :

Google Tambah Ciri Baharu Dalam Google Contact, Mudah Untuk Telefon Skrin Besar

Seperti yang anda boleh lihat, ciri baharu tersebut mengandungi bar yang terletak di bawah sekali dalam aplikasi Google Contact. Secara ringkasnya, ciri lama dan ciri baru boleh digunakan tetapi keistimewaannya lebih berpihak kepada pengguna peranti skrin besar kerana mereka boleh menggunakan kedua-dua ciri tersebut.

Google Tambah Ciri Baharu Dalam Google Contact, Mudah Untuk Telefon Skrin Besar

Sekiranya pengguna klik pada button Fix & Manage, pengguna boleh memilih menu yang diingini seperti Settings, Restore contacts, Import from file, Trash, Import from SIM, Merge & Fix, Blocked numbers dan Emergency contact. 

Sumber : Android Police

Baca juga :

  • Ciri Baharu Google Forms Boleh Memudahkan Kerja Anda Selepas Ini
  • Google Play Games Beta Mula Ditawarkan, Ini Spesifikasi PC Yang Diperlukan
  • Google Message Kini Dapat Paparkan Reaksi Mesej Daripada iMessage

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY