Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome web store

Google Sudah Membuang Lebih Daripada 500 Extension Dari Chrome Web Store

Diterbitkan Februari 17, 2020 · Dikemas kini Februari 17, 2020 oleh ariff bukhari

Extension memang lubuk bagi mengekploitasi pelayar sekaligus menggodam sekuriti dan privasi pengguna.

Hasil penyiasatan bersama dengan pakar keselamatan bebas bernama Jamila Kaya dan pasukan Cisco’s Duo Security, pihak Google telah berjaya membuang lebih daripada 500 extension meragukan yang ditawar di Chrome Web Store.

Ia berikutan kesemua extension itu didapati secara diam-diam memasukkan perisian hasad iklan (adware) merbahaya ke dalam aplikasi pelayar Google Chrome.

Kod perisian hasad iklan yang dimasukkan itu menyebabkan data privasi pengguna seperti maklumat perbankkan dicuri oleh adware.

Extension yang ditawarkan itu juga didapati akan memuat turun perisian hasad lain atau membawa pengguna ke laman sesawang meragukan.

Penyelidik mendakwa, extension meragukan itu merupakan sebahagian daripada operasi besar bagi menyebarkan perisian hasad dan menjangkiti pengguna di seluruh dunia yang dipercayai sudah aktif sejak 2 tahun lalu.

Akibatnya, dipercayai lebih daripada 1.7 juta pengguna pelayar Chrome sudah dijangkiti perisian hasad tersebut.

Oleh itu, penyelidik menasihati pengguna supaya menyemak semula extension yang dipasang pada pelayar mereka dengan membuang extension yang tidak dipakai atau dicurigai kehadirannya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY