Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit

Google Sokong Pesaing SpaceX Untuk Bawakan Sambungan Satelit Ke Telefon Android

Diterbitkan Januari 23, 2024 ยท Dikemas kini Januari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Tahun lepas, AST SpaceMobile menunjukkan keupayaan satelit prototaip mereka, BlueWalker 3 memancarkan sambungan internet yang membawakan ciri panggilan video dan kadar muat turun setinggi 14Mbps.

Ujian yang berjaya itu nampaknya telah menarik minat Google.

Jadi, Google telah memutuskan untuk menyokong syarikat itu yang dilihat berpotensi menjadi pesaing kepada sistem selular Starlink SpaceX, dengan harapan untuk membawa sambungan satelit ke telefon Android.

Google menyertai penyedia rangkaian mudah alih AT&T dan Vodafone dengan melabur sebanyak $110 juta (~RM520 juta) ke dalam AST SpaceMobile.

Seperti SpaceX, AST SpaceMobile juga adalah salah sebuah syarikat yang kini sedang berusaha untuk melancarkan menara sel yang mengorbit di angkasa.

Bersama-sama dengan pelaburan, gergasi teknologi itu juga berkata “…bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan produk, ujian dan rancangan pelaksanaan untuk sambungan rangkaian SpaceMobile pada Android dan peranti berkaitan,” AST SpaceMobile.

Melalui kerjasama ini, ia dijangka akan membantu ekosistem Android memiliki ciri sambungan satelitnya sendiri.

Sekaligus bersaing dengan ciri “SOS Kecemasan” Apple untuk iPhone, yang membolehkan pengguna menghantar mesej teks kepada perkhidmatan kecemasan apabila tiada sambungan selular berdekatan.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
  • Satelit Prototaip Berjaya Sampaikan Kelajuan Muat Turun 10Mbps Pada Peranti Di Kawasan Tanpa Liputan
  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Business Wire, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY