Google Secara Senyap Cipta Sistem Pengoperasian Baharu, Fuchsia





15 Ogos - Syarikat gergasi, Google dilaporkan sedang membina satu sistem pengoperasian baharu, dan berbeza dengan sistem operasi lain, sistem baharu itu dikatakan tidak berasaskan kernel Linux.



Biarpun Google masih belum mengumumkan apa-apa tentang sistem itu, ia telah memberikan sedikit butiran tentang projek Fuchsia itu di Github.



"Pink + Purple == Fucshia (a new Operating System)", tulis mesej kriptik pada projek Github itu.



Portal Android Police telah meneliti dokumentasi yang dilampirkan bersama projek tersebut dan menemui sesuatu yang agak menarik iaitu - sistem baharu itu menggunakan kernel Magenta baharu, yang dicipta khusus bagi bersaing dengan sistem pengoperasian IoT seperti FreeRTOS atau ThreadX. Namun apa yang menarik, kernel Magenta itu direka untuk berfungsi di peranti telefon pintar hingga ke komputer.



Sementara itu, Dart digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan utama manakal sokongan Flutter menunjukkan sistem operasi itu akan menggunakan Rekabentuk Material sebagai antaramuka pengguna.