Google walau bagaimanapun tidak memberikan sebab mengapa aplikasi tersebut dikeluarkan dari Play Store mereka. Satu pengguna Twitter yang mengaku sebagai pekerja dengan UC Browser telah memberikan sedikit komen mengenai perkara tersebut. Dia mengatakan yang aplikasi tersebut dikeluarkan buat sementara waktu.
Dalam satu kenyataan dari UC Browser, mereka menjelaskan insiden tersebut berlaku kerana terdapat beberapa tetapan dalam aplikasi tersebut tidak menepati polisi Google. Pihak mereka telah melakukan penyiasatan dalaman selepas menerima notis tersebut dari Google dan sedang menunggu jawapan dari pihak Google samada isu tersebut sudah selesai.
Aplikasi tersebut bakal ditawarkan kembali dalam Google Play Store pada minggu hadapan jika segala masalah dalam tetapan mereka sudah diatasi. Sementara itu, pengguna boleh mencuba satu lagi produk mereka iaitu UC Browser Mini.
Berkaitan
- Alibaba Diletakkan Dalam Senarai Hitam Bagi Barangan Palsu
- Jualan 7.7 OPPO Di Shopee Ada Promosi Dan Baucar Sehingga 77%
- Alibaba Lancar Malaysia City Brain Untuk Tangani Masalah Trafik Di Kuala Lumpur
- Nampaknya Anda Tidak Boleh Menyekat Mark Zuckerberg Dan Isterinya Di Facebook
- Misi Baru Facebook Diperbaharui Oleh Mark Zuckerberg
- Mark Zuckerberg Senaraikan 3 Langkah Untuk Facebook Elak Skandal Cambridge Analytica Berulang
- Kini Giliran Mark Zuckerberg Untuk Bercakap Pasal Isu Fitnah
- Mark Zuckerberg Meminta Maaf Bagi Pihak Facebook Kerana Platform Itu Menimbulkan Kekacauan Politik Semasa Pilihanraya
- Jack Ma Mengesahkan Alibaba Sedang Melihat Ke Dalam Teknologi Kereta Panduan Sendiri
- Beli vivo V21 Dapat Rebat, Baucar, Dan Hadiah Menarik