Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
play store malwaree

Google Play Store Dikenal Pasti Sebagai Lubuk Utama Penyebaran Perisian Hasad Ke Dalam Peranti Android

Diterbitkan November 12, 2020 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik dari Institut Perisian IMDEA telah menjalankan satu kajian berkenaan cara bagaimana perisian hasad disebarkan seterusnya menjangkiti telefon pintar pengguna Android.

Penyelidikan itu dibuat dengan kerjasama NortonLifeLock (dulu dikenali sebagai Symantec).

Hasil penyelidikan serta data yang diperoleh dari pihak NortonLifeLock, penyelidik menyimpulkan bahawa 67.5% aplikasi mencurigakan yang mengandungi perisian hasad di dalamnya adalah datang daripada Google Play Store.

“We reveal that the Play market is indeed the main app distribution vector of both benign and unwanted apps, while, it has the best defenses against unwanted apps.” Penyelidik.

android malware research

Pendedahan ini dibuat dalam penyelidikan yang bertajuk “How Did That Get In My Phone? Unwanted App Distribution on Android Devices,”.

Penyelidik menganalisa ke atas lebih daripada 34 juta APK (Android application) yang dipasang  dalam 12 juta peranti Android dalam tempoh 4 bulan yang dibuat antara bulan Jun hingga September 2019 lalu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY