Google Play Games Beta Pada PC Terima 4 Kemas Kini Besar

Google Play Games beta pada PC merupakan platform di mana Google memberikan pengguna akses kepada permainan mudah alih pada lebih banyak peranti.

Mendengar maklum balas daripada para pemain dan pembangun di seluruh dunia, Google telah menambah ratusan permainan baharu dan ia diluaskan akses kepada lebih ramai pengguna bagi membolehkan ia diakses lebih ramai pemain.

https://youtu.be/vOHp_od79lM

Hari ini, Google mengumumkan sebanyak 4 kemas kini besar dilepaskan untuk Google Play Games beta pada PC.

1. Ratusan permainan, termasuk tajuk baharu seperti Free Fire MAX


Google Play Games beta pada PC kini mempunyai ratusan permainan dalam katalog termasuklah tajuk-tajuk popular seperti Cookie Run: Kingdom, Eversoul, Summoners War, Homescapes, Evony: The King’s Return, Call of Dragons dan Arknights serta yang terbaharu , Free Fire MAX yang sudah pun tersedia di Malaysia dan Taiwan.

Kini anda boleh bertukar antara peranti dengan mudah semasa permainan dan menyambung semula terus dari tempat anda berhenti bermain.

2. Akses Permainan Google Play di lebih 120 wilayah di seluruh dunia


Sejak beberapa minggu lalu, Google telah membuka Google Play Games beta pada PC kepada lebih 60 wilayah baharu di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Latin.

Hari ini, anda boleh bermain Permainan Google Play di lebih 120 wilayah di seluruh dunia.

3. Alami beta pada lebih banyak PC


Untuk menjadikan Permainan Google Play tersedia kepada seramai mungkin pemain, Google telah membuka lagi akses Google Play Games beta pada PC pada lebih banyak pengguna untuk mencubanya menerusi kemaskini ini.

4. Sesuaikan papan kekunci 


Google telah menambah keupayaan pemetaan semula papan kekunci supaya pemain boleh menyesuaikan kekunci yang mereka mahu gunakan sebagai kawalan dan memadankannya dengan pilihan permainan kegemaran mereka.

Google memaklumkan, akan lebih banyak lagi dalam kemas kini terbaru untuk Google Play Games beta pada PC beberapa bulan akan datang.

Untuk mengakses Google Play Games beta pada PC, lawati g.co/googleplaygames.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Google

Berkaitan