Berdasarkan imej komputer dihasilkan @RendersByian, rekaan bagi peranti yang mungkin digelar Pixel Watch ini menampilkan rupa lebih segar. Ini dapat dilihat ia seakan jam tangan yang biasa dipakai dengan kerangka daripada aluminium berbentuk bulat.
Kemudian, pada bahagian sisinya hadir dengan butang dail untuk menavigasi dan tali jam pula dilihat diperbuat daripada silikon seperti mana ada pada Apple Watch.
Tambahan lagi, Google mungkin akan menawarkan lebih daripada 20 pilihan tali jam yang boleh digantikan mengikut cita rasa masing-masing.
Mengikut ura-ura, peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Oktober tahun ini. Walaupun imej jam tangan pintar ini bukanlah dari Google akan tetapi Jon Prosser mempunyai rekod yang baik dalam mendedahkan peranti baharu.
Sumber: FPT
Berkaitan
- Google One Kini Hadir Dengan VPN Buat Pelanggan 2TB
- OnePlus Mahu Buat TV Pintar Dengan Kamera "Pop-Up" Boleh Putar
- Huawei Tidak Akan Mengaku Kalah Dalam Pasaran Telefon Pintar
- Ini Harga Rasmi Jam Tangan G-Shock Dengan Wear OS Di Malaysia
- OPPO Patenkan Peranti Pintar Boleh Lipat
- Spotify Kini Boleh Digunakan Di Apple Watch Tanpa Perlu Sambungan Telefon
- Kemas Kini Google Chrome Baharu Mudahkan Anda Tukar Kata Laluan Yang Lemah
- DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max
- Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun
- Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia