Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Pixel Watch Tertiris, Tampil Rekaan Lebih Segar

Posted on April 12, 2021

Terdahulu, kami telah melaporkan yang mana Google bakal melancarkan jam tangan pintar pertama mereka. Kini, Jon Prosser mendedahkan maklumat lebih lanjut berkaitannya.

Berdasarkan imej komputer dihasilkan @RendersByian, rekaan bagi peranti yang mungkin digelar Pixel Watch ini menampilkan rupa lebih segar. Ini dapat dilihat ia seakan jam tangan yang biasa dipakai dengan kerangka daripada aluminium berbentuk bulat.

Kemudian, pada bahagian sisinya hadir dengan butang dail untuk menavigasi dan tali jam pula dilihat diperbuat daripada silikon seperti mana ada pada Apple Watch.

Tambahan lagi, Google mungkin akan menawarkan lebih daripada 20 pilihan tali jam yang boleh digantikan mengikut cita rasa masing-masing.

Mengikut ura-ura, peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Oktober tahun ini. Walaupun imej jam tangan pintar ini bukanlah dari Google akan tetapi  Jon Prosser mempunyai rekod yang baik dalam mendedahkan peranti baharu.

Sumber: FPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress