Google Pertingkatkan Ciri Keselamatan Aplikasi Pelayar Chrome Dengan Perkenalkan 2 Ciri Terbaru

Google memuatkan ciri terbaru Google Safe Browsing dan menawarkan extension terbaru 'Suspicious Site Reporter' untuk pengguna pelayar Chrome.


Google telah melepaskan kemaskini terbaru aplikasi pelayar Google Chrome versi 75 kepada para pengguna mereka. Pada versi terbaru ini, Google telah memuatkan 2 ciri terbaru bagi meningkatkan lagi ciri keselamatan yang sedia ada dalam pelayar tersebut.

Ciri terbaru pertama adalah penambahbaikan terhadap ciri Google Safe Browsing yang berfungsi memaparkan visual amaran baru dan memberikan informasi tambahan terhadap mana-mana laman sesawang yang dicurigai merbahaya kepada pengguna.

Sebagai contoh, pengguna mungkin boleh tersalah menaip alamat yang sebenar sesebuah laman sesawang, dan kebiasaannya tabiat pengguna memang dengan cepat akan terus klik sahaja pada laman yang dibuka tanpa usul periksa.

Akibatnya mereka sebenarnya telah termasuk ke dalam laman merbahaya akibat kecuaian sendiri.

Kapsyen: Contoh amaran dipaparkan dari ciri Google Safe Browsing apabila mengesan laman merbahaya.


Jadi, dengan adanya ciri Google Safe Browsing dalam pelayar Chrome, pengguna akan sentiasa dilindungi secara automatik. Pelayar Chrome akan menyekat laman merbahaya itu daripada diakses pengguna.

Jadi pengguna akan dapat menyemak semula alamat laman yang hendak diakses itu betul ataupun tidak.

Ciri kedua pul;a adalah pengenalan sebuah lagi extension untuk pengguna pelayar Chrome. Suspicious Site Reporter Extension akan meningkatkan keselamatan kepada pengguna Chrome dengan memberikan pengguna cara mudah untuk bagi melaporkan laman web yang mencurigakan kepada Google Safe Browsing.

Kapsyen: Klik pada butang Send Report untuk melaporkan laman sesawang yang dicurigai merbahaya kepada pengguna. Kredit: Google Blog


Bermakna di sini, anda sebagai pengguna akan dapat turut sama membantu pembangun aplikasi pelayar Google Chrome meningkatkan ciri keselamatan pelayar ini dengan melaporkan kepada Google Safe Browsing. Secara tidak langsung, anda bukan sahaja melindungi diri anda, tetapi juga terhadap kesemua pengguna pelayar ini.

Suspicious Site Reporter Extension ini boleh dipasanag secara percuma dengan memuat turunnya dari Chrome Web Store.

Sumber: Google Security Blog