Google Perkenal Camera Go Untuk Barisan Peranti Android Go

Android Go pertama kali diumumkan Mei 2017 dan sehingga kini ia telah menguasakan sejumlah peranti daripada beberapa jenama.

Menyasarkan peranti dengan spesifikasi rendah, aplikasi-aplikasi yang ditawarkan juga lebih 'ringan' berbanding yang lain. Sebelum ini kita sudah ada Gmail Go, YouTube Go, Maps Go dan beberapa yang lain. Bagi menyelesaikan masalah rakaman pada peranti bajet, aplikasi Camera Go telah diperkenalkan oleh Google.

https://www.youtube.com/watch?v=Q4R0uoplfwM&feature=emb_title

Aplikasi Camera Go hadir dengan antaramuka yang ringkas dan menjanjikan prestasi terbaik untuk rakaman pada peranti berspesifikasi rendah.

Selain itu, ia turut menawarkan mod Potret serta mampu mengesan baki ruang simpanan yang tersedia untuk mengambil gambar dan video.

Google menyatakan aplikasi ini akan ditawarkan kepada lebih banyak lagi peranti Android Go tidak lama lagi dan model pertama yang akan dilengkapinya adalah Nokia 1.3

Sumber: Google