Google, NBC Bincang Untuk Pelan Beriklan Neflix, Jangka Pendapatan Naik Dari RM660 Juta Ke RM8 Bilion

Ramai sudah sedar dengan niat Netflix untuk memperkenalkan sebuah jenis langganan baharu yang lebih murah dan disertakan iklan, bahkan mereka juga telah mengesahkannya.

Jika anda khuatir atau curiga dengan pakej tersebut, boleh bacanya di SINI.

Laporan terbaru dari tanah Barat mengatakan dalam banyak-banyak syarikat yang sedang berunding untuk peletakan iklan di Netflix, Google dan NBC Universal antara yang menjadi calon utama.

Netflix dilaporkan akan melancarkan pakej beriklan ini pada suku keempat 2022, bermaksud seawal Oktober ini menurut New York Times.

Wakil daripada Google dan NBC tidak memberi sebarang komen tentang ura-ura ini.

Ted Sarandos pula mengakui mereka ada bercakap tentang kerjasama iklan dengan 'semua' syarikat dan menekankan mahu produk mereka lebih daripada televisyen.

Ia masih agak awal untuk mengagak hanya 2 syarikat ini akan menjadi satu-satunya syarikat yang menjalin kerjasama dengan Netflix.

MoffettNathanson meramalkan pendapatan pengiklanan syarikat itu akan meningkat dengan pantas daripada $150 juta (~RM660 juta) dalam 2023 ke $1.8 bilion (~RM7.9 bilion) pada 2025.
Analysts are bullish on Netflix’s prospects in the ad market. The streamer could see ad revenue quickly ramp from $150 million in 2023 to $1.8 billion in 2025, per a forecast model by MoffettNathanson.

Sumber: Variety