Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Tonton Video ‘Speed Test’ Telefon Pintar

Google Nak Bagi Aplikasi Untuk Pengguna iOS Supaya Mudah Tukar Ke Android

Diterbitkan Julai 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak semua orang yang mampu bertahan dengan satu jenama telefon melainkan peranti dipakai itu menawarkan fungsi serta spesifikasi menarik pada harga mampu milik.

Salah satu faktor yang dipentingkan pengguna adalah sistem operasi (OS). Terbaru, terdapat laporan menyatakan Google sedang membangunkan sebuah aplikasi “Switch to Android”.

Aplikasi tersebut dikatakan bakal hadir dalam Apple App Store kelak. Ia adalah mirip aplikasi “Move to iOS” seperti mana yang Apple tawarkan di Google Play Store.

move to iOS 1
aplikasi Move to iOS

Buat masa sekarang, pemindahan dari iOS ke Android boleh dilakukan melalui Google Drive. Akan tetapi ia terhad kepada sandaran (backup) untuk kenalan, kalendar dan gambar sahaja. Bahkan, perlu dimuat turun semula ke telefon baharu.

Google Drive
Sandaran guna Google Drive

Namun, dengan aplikasi yang mungkin ditawarkan itu, pengguna boleh memindahkan aplikasi, mesej SMS, kenalan dan beberapa lagi data.

Selain itu, masih belum jelas lagi bagaimana fungsi keseluruhan aplikasi “Switch to Android”. Sebagai contoh, tidak semua aplikasi di iOS ada di Android, begitu sebaliknya. Tambahan lagi, aplikasi berbayar pasti perlu dibeli semula.

Bagaimanapun, aplikasi sebegini lebih memudahkan kepada pengguna yang ingin berhijrah kepada peranti lain.

Sumber: 9to5google

Baca juga artikel berkaitan:

  • Pernah Dituduh Sebagai Produk Curi, Android Kini Menjadi Pilihan Utama Pengguna Berbanding iOS
  • Telefon Android Pertama Dengan Pengecas Tanpa Wayar Magnetik Akan Dilancar
  • Banyak Pemenang Anugerah Fotografi iPhone Guna Model Yang Lama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY