Banyak Pemenang Anugerah Fotografi iPhone Guna Model Yang Lama

Salah satu faktor digemari pengguna untuk memiliki iPhone adalah kemampuan kameranya. Setiap keluaran terbaru Apple pasti menawarkan ciri-ciri menarik pada kamera iPhone.

Baru-baru ini, iPhone Photography Awards (IPPA) 2021 telah menyenaraikan pemenang untuk pertandingan tahun ini. Sebanyak 54 pemenang dipilih daripada 140 negara yang menyertai.

Menariknya, daripada kesemua pemenang tersebut, hanya 7 gambar diambil daripada peranti baharu iPhone 12 atau iPhone 12 Pro Max. Lain-lain adalah model yang lama. Malah, terdapat pemenang yang hanya menggunakan iPhone 5s.

Kapsyen: Diego Moreno - iPhone 5S


Berbalik pada IPPA, pemenang utama dimenangi oleh Istvan Kerekes daripada Hungary dimana ia diambil menggunakan iPhone 7. Sementara tempat pertama bagi "Photographer of The Year" adalah dari iPhone X, tempat kedua iPhone 11 Pro Max dan tempat ketiga dari iPhone X.

Kapsyen: Istvan Kerekes dari Hungary


Kapsyen: Tempat pertama - Sharan Shetty




Di sini membuktikan bahawa sekiranya anda benar-benar minat fotografi, anda tidak sepatutnya mengejar peranti yang terkini. Sebaliknya, kreativiti dan kemahiran adalah kunci utama. Selain itu, teknologi kamera pada telefon pintar adalah bonus untuk menghasilkan sesuatu karya.

Apa-apa pun, jika anda mahu mengambil inspirasi, tekan pautan ini untuk melihat senarai penuh pemenang IPPA 2021 mengikut kategori.

Sumber: IPPAWARDS

Baca juga artikel berkaitan: