Google Mereplika Semula Petikan Jari 'Thanos'

Cuba buat carian nama 'Thanos' di Google...


Sempena meraikan kehangatan filem 'Avengers: Endgame' yang sedang ditayangkan diseluruh dunia ketika ini, Google mereplika semula petikan jari yang dibuat oleh watak antagonis utama filem tersebut iaitu 'Thanos' sekiranya anda membuat carian nama Thanos.

Jadi, cara untuk mendapatkan efek yang dipanggil sebagai 'The Decimation' dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) itu, anda perlu buat carian nama Thanos dahulu.

Selepas hasil carian ditunjukkan, anda klik pada ikon 'Infinity Gauntlet' seperti rajah di bawah.



Sebaik sahaja anda klik pada ikon tersebut anda akan dapati, hasil carian berkenaan dengan Thanos yang dibuat tadi akan hilang sepertimana efek 'decimation' dalam filem 'Avengers: Infinity War' selepas Thanos memetik jarinya dengan menggunakan Infinity Gauntlet.

Kapsyen: Efek Decimation.


Dan jika anda klik semula pada ikon Infinity Gauntlet tadi, ia akan menunjukkan animasi Time Stone digunakan. Bermaksud hasil carian yang hilang tadi akan dipaparkan semula.



Filem Avengers: Endgame baru saja mula ditayangkan minggu ini serentak di seluruh dunia.