Google akan perkenalkan polisi baru secara berperingkat sepanjang tahun ini terhadap ciri penjejakan di dalam aplikasi.
Bagi meningkatkan lagi privasi dan menjadikan aplikasi-aplikasi Android lebih selamat kepada para penggunanya, Google akan memperkenalkan polisi baru terhadap pembangun aplikasi.
Khususnya terhadap aplikasi-aplikasi yang mempunyai ciri penjejakan lokasi di belakang tabir. Sekaligus memberikan pengguna lebih kawalan terhadap perkongsian data lokasi mereka dengan aplikasi-aplikasi yang digunakan.
Ia dimaklumkan Google menerusi laman Android Developers Blog minggu lalu.
Google menyatakan, bermula dari bulan April 2020 nanti, mereka akan mengemas kini polisi Google Play serta ciri penjejakan lokasi yang ada pada aplikasi.
Kemudian bermula dari 3 Ogos 2020, kesemua aplikasi baru dengan ciri penjejakan lokasi yang hendak ditawarkan kepada pengguna Android menerusi Google Play mestilah melalui proses pengesahan terlebih dulu.
Manakala bagi aplikasi-aplikasi dengan ciri penjejakan lokasi pengguna di belakang tabir yang sedia ada ketika ini pula akan melalui proses pengesahan pada 2 November nanti.
Atau jika tidak, pembangun berdepan tindakan Google yang akan membuang aplikasi-aplikasi mereka dari Google Play Store.
Perubahan yang dilakukan Google ini adalah sebagai langkah mengetatkan akses aplikasi terhadap data-data di dalam peranti pengguna, sepertimana yang diperkenalkan Apple dalam iOS 13.
Berkaitan
- Sudahkah Anda Mengaktifkan Ciri Google Play Protect Dalam Peranti Android Anda?
- Google Akan Memperbetulkan 'Pepijat' Yang Menyebabkan Pengguna iPhone Boleh Mengakses Storan Tanpa Had Di Google Photos
- Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'
- Google Menyambung Sekatan Ke Atas Saluran YouTube Trump
- "TikToker" Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera
- Kata Laluan Pengguna Google G Suite Didapati Disimpan Dalam Format Yang Boleh Dibaca
- Cara Menetapkan Hanya Pemilik Akaun Sah Google Sahaja Boleh Melihat Aktiviti 'History'
- Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Sekitar RM1,900.00
- Senarai Negara Yang Akan Menyokong Ciri 'Motion Sense' Pada Google Pixel 4
- Pengguna Telefon Pintar Android Bakal Nikmati 2 Ciri Terbaru Berguna Ini