Google mahu pengguna Microsoft Edge beralih kepada Chrome.
Jika anda pengguna aplikasi pelayar terbaru, Microsoft Edge dan mahu memuat turun extension dari laman Chrome Web Store, anda kini akan mula nampak notifikasi pendek dari Google yang menyatakan "Google recommends switching to Chrome to use extensions securely”
Sebelum ini, tiada pula dipaparkan notifikasi tersebut kepada pengguna pelayar Microsoft Edge.
Syor dari Google itu tidak pula menjelaskan apakah kesannya jika pengguna memasang extension dari Chrome Web Store ke dalam pelayar selain Chrome.
Walhal, pelayar Edge turut dibangunkankan berasakan Chromium, sama sepertimana platfom bagi membangunkan pelayar Google Chrome.
Disebalik kemungkinan kurang selamat kepada pengguna jika mereka memasang extension dari Chrome Web Store ke dalam aplikasi pelayar selain Chrome seperti yang didakwa Google, ini juga boleh disimpulkan bahawa Google tetap mahukan pengguna supaya tetap menggunakan pelayar Chrome mereka.
Ketika ini, pengguna pelayar Edge boleh memuat turun extension yang diperlukan menerusi Microsoft Edge Addons atau dari stor lain.
Sumber: MSPU
Berkaitan
- Buang Segera 15 Aplikasi Popular Android Ini Dari Peranti, 'Joker' Kembali Di PlayStore
- Hasil Carian Google Kini Berwajah Baru Di Aplikasi Pelayar Komputer
- Sebanyak 11 Negara Meminta Apple Membuang Sejumlah 634 Aplikasi Dari App Store
- Microsoft Beri Amaran Jika Anda Menggunakan Windows 11 Pada Komputer Yang Tidak Disokong
- Ini Alasan Google Mengapa Pixel 4 Tidak Menyokong 5G
- Pengarah Pengurusan Produk Google Memuji Ciri Terbaru 'Sign In with Apple’
- Buang 2 'Extension' Popular Ini Dari Pelayar Chrome Anda Segera
- Cara Sekat Pengguna Lain Daripada Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive
- Ini Cara Aktifkan Ciri Tersembunyi Mod Penjimatan Memori Pada Pelayar Chrome
- Microsoft Menarik Keluar Kemas Kini Keselamatan Windows 10 KB4524244