Laman Chrome Web Store akan berhenti menerima aplikasi Chrome bermula Mac 2020.
Selepas dalam tahun 2017 dulu Google tidak lagi menawarkan aplikasi-aplikasi Chrome menerusi laman Chrome Web Store, kini Google mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sepenuhnya sokongan aplikasi-aplikasi Chrome tersebut terhadap pengguna Windows, Mac dan Linux pada Disember 2020 ini.
Google juga memaklumkan mereka tidak lagi menerima pembangunan aplikasi Chrome baru bermula Mac 2020 ini. Para pembangun pula masih dibenarkan mengemas kini aplikasi-aplikasi Chrome tersebut sehingga Jun 2022.
Berikut adalah garis masa penamatan Chrome Apps sepertimana yang dinyatakan Google:-
- March 2020: Chrome Web Store will stop accepting newChrome Apps. Developers will be able to update existing Chrome Apps through June 2022.
- June 2020: End support for Chrome Apps on Windows, Mac, and Linux. Customers who have Chrome Enterprise and Chrome Education Upgrade will have access to a policy to extend support through December 2020.
- December 2020: End support for Chrome Apps on Windows, Mac, and Linux.
- June 2021: End support for NaCl, PNaCl, and PPAPI APIs.
- June 2021: End support for Chrome Apps on Chrome OS. Customers who have Chrome Enterprise and Chrome Education Upgrade will have access to a policy to extend support through June 2022.
- June 2022: End support for Chrome Apps on Chrome OS for all customers.
Jika pengguna perasan, kini hanya pilihan Themes dan Extensions sahaja ditawarkan di laman Chrome Web Store. Berbanding sebelum ini yang ada menawarkan Apps, Games, Themes dan Extensions.
Tindakan Google ini adalah berikutan kurangnya pengguna aktif menggunakan aplikasi-aplikasi Chrome serta akses pengguna juga kini sudah boleh mengakses aplikasi-aplikasi itu terus dari laman sesawang.
Berkaitan
- Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome
- Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu
- WhatsApp Tiru Telegram Lagi, Boleh Pin Mesej Pula
- Grup WhatsApp Didakwa Antara Penyebab Kepada Masalah Kemurungan
- Apple Turunkan Harga iPad, Kini Hanya Dari RM1,799
- Akhirnya Ciri 'View Once' Mula Ditawarkan Pada Pengguna WhatsApp Terpilih
- WhatsApp Mendedahkan 6 Kecacatan Keselamatan Kritikal Yang Telah Diatasi Dalam Tahun Ini
- Oppo Akan Mengeluarkan Model Jam Pintar Yang Menyerupai Rekaan Apple Watch
- AirAsia Seru MAS Dan Syarikat Penerbangan Lain Bekerjasama Dengan airasia SuperApp
- Selepas 1 Julai Ini, Aplikasi Permainan Pokémon GO Tidak Lagi Boleh Dimainkan Pada Peranti Apple Watch