Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail translate

Google Jawab Dakwaan 183 Juta Akaun Gmail Bocor

Diterbitkan Oktober 28, 2025 oleh ariff bukhari

Anda mungkin telah mendengar dakwaan bahawa Gmail terlibat dalam insiden kebocoran data yang dikatakan mendedahkan 183 juta akaun.

Respon terhdap dakwaan itu, Google menyatakan bahawa kebanyakkan laporan artikel telah salah menggambarkan realiti situasi tersebut.

Google menyatakan, laporan yang mendakwa 183 juta akaun Gmail terdedah akibat kebocoran data baru-baru ini sebagai tidak tepat.

Menurut Satnam Narang, jurutera penyelidikan kanan di Tenable, Google tidak mengalami sebarang pelanggaran keselamatan.

Data tersebut sebenarnya adalah hasil gabungan daripada kebocoran pelbagai laman sesawang dan perisian hasad “infostealer” yang mencuri maklumat daripada komputer pengguna.

Penyelidik kemudiannya mengumpul 183 juta set kelayakan (credentials) dan berkongsi data itu dengan laman HaveIBeenPwned.

Analisis menunjukkan 91% data pernah muncul sebelum ini, manakala hanya 16.4 juta alamat e-mel baharu sahaja yang  ditemui dan tidak semuanya sahih.

“Sudah tentu, adalah penting untuk diperhatikan bahawa tidak semua data di sini mungkin sah, jadi angka 16.4 juta itu mungkin lebih rendah sebenarnya.” Satnam Narang, Jurutera Penyelidikan Kanan di Tenable.

Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk tidak mengguna semula kata laluan, menggunakan pengurus kata laluan, dan mengaktifkan pengesahan dua faktor (MFA) seperti kod SMS, aplikasi pengesahan, atau kunci keselamatan fizikal bagi melindungi akaun daripada serangan credential stuffing.

Berkaitan

  • Ini Cara Paling Mudah Untuk 'Unsubscribe' Emel Di Gmail
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • MCMC Akan Bincang Pelaksanaan eKYC Dengan Platform Media Sosial - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY