Kini dengan lebih pelbagai ciri yang dapat membantu pekerja industri meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat.
Google hari ini mengumumkan kehadiran versi terbaru peranti kaca mata pintar mereka iaitu Glass Enterprise Edition 2. Ia merupakan produk susulan daripada versi pertamanya Glass Enterprise Edition yang telah dilancarkan pada Julai 2017 dahulu.
Versi Google Glass Enterprise ini adalah memfokuskan kepada para pelanggan mereka yang memiliki syarikat dengan pekerja yang ramai bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan produktiviti yang lebih berkesan.

Antara syarikat-syarikat yang telah menggunakan peranti pintar ini adalah seperti Boeing, Acgo, Volkswagon, DHL dan banyak lagi.
Untuk versi terbaru ini, Glass Enterprise Edition 2 dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm (Quad Core, 1.7GHz, 10nm), sistem operasi Android Oreo, RAM berkapasiti 3GB LPDDR4 serta storan 32GB (eMMC Flash).
Ia disambungkan menerusi sambungan tanpa wayar Wi-Fi (802.11ac, dual-band, single antenna) dan Bluetooth. Juga sambungan wayar USB-C untuk penegcasan pantas dan USB 2.0 bagi pemindahan data antara peranti.
Ia turut memiliki kamera 8Mp, (80 DFOV - Display Field of View), paparan optikal bersaiz 640x360, pembesar suara mono serta mikrofon.
Glass Enterprise Edition 2 berharga USD999 dan Google lebih menyasarkan pengguna industri pada masa ini.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=14&v=5IK-zU51MU4
Sumber: Google Blog
P/s: Google Glass pertama kali diperkenalkan pada bulan April 2013. Kemudian mereka melancarkan versi pertama Glass Enterprise Edition pada Julai 2017.
Maka, Glass Enterprise Edition 2 yang dilancarkan hari ini merupakan generasi ketiga bagi produk kaca mata pintar Google Glass.
Berkaitan
- 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Tersedia Menyokong 5G Malaysia, Kecuali iPhone
- Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
- ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
- Google Kini Mengakui Jika Enjin Carian Mereka Gagal Menemui Sebarang Carian Berkaitan
- Google Menjadikan Pejabat Mereka Sebagai Pusat Bagi Mendapatkan Vaksin COVID-19
- iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion
- Malaysia Sambut Hari Keselamatan Internet 2022
- Malaysia Atasi Indonesia, Thailand Dan Filipina Sebagai Negara Yang Paling Selamat Dikunjungi 2022 - The Swiftest
- Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer
- Stesen Angkasa Lepas Pertama India Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2030 Nanti