Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Drive Ransomware detect_

Google Drive Kini Ada Ciri Pengesanan ‘Ransomware’

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh Amalina Athman

Google Cloud kini mengumumkan penambahbaikan pada Google Drive untuk Desktop dengan ciri pengesanan ransomware (perisian tebusan) berkuasa AI.

Dengan ciri baharu ini, pengguna akan menerima notifikasi amaran di Google Drive (desktop) apabila ransomware dikesan pada peranti. Secara automatik, sistem akan menghentikan penyelarasan (syncing) fail ke perkhidmatan awan (cloud).

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/10/01104225/Demo-Google-Drive-for-Desktops-AI-driven-ransomware-detection-and-intervention.mp4

Berbeza dengan penyelesaian tradisional yang memerlukan proses pengimejan semula yang kompleks atau alat pihak ketiga yang mahal, Google Drive membolehkan pengguna memulihkan berbilang fail kepada keadaan asal dengan beberapa klik sahaja.

Image 2 – End users can easily restore multiple files to a previous, healthy state with Google Drive

Keupayaan baharu ini diaktifkan secara default untuk semua pelanggan Google Workspace, namun pentadbir mempunyai kawalan untuk mematikan keupayaan pengesanan, intervensi, dan pemulihan bagi pengguna akhir, jika diperlukan.

Image 3 – An alert in the Admin console showing a notification for potential ransomware incident
Satu amaran dalam konsol Admin yang memaparkan notifikasi tentang potensi ancaman ransomware

Ciri pengesanan dan intervensi ini dibina berdasarkan model AI Google yang dilatih menggunakan berjuta-juta sampel ransomware dunia sebenar. Ia dapat mengenal pasti perubahan fail berniat jahat dan mencegah ransomware daripada merebak ke fail lain.

Menurut Google, dokumen asli Google Workspace seperti Google Docs, Google Sheets serta ChromeOS tidak pernah mengalami serangan ransomware.

Namun begitu, ia masih menjadi ancaman untuk jenis fail lain seperti PDF, dokumen Microsoft Office dan sistem operasi Microsoft Windows.

Bermula hari ini, ciri pengesanan ransomware diperkenalkan dalam beta terbuka dan disertakan dalam kebanyakan pelan komersial Google Workspace tanpa kos tambahan. Pengguna individu juga boleh menggunakan keupayaan pemulihan fail ini tanpa bayaran tambahan.

Untuk maklumat lanjut, layari halaman bantuan Google Drive.

Berkaitan

  • Google Drive Kini Perkenal Ciri 'Enhance' Untuk Pengimbas Dokumen Pada Aplikasi Android
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome
  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY