Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google

Google Diperintah Bayar Denda Lebih RM189 Juta Kerana Kelirukan Pengguna Di Australia

Diterbitkan Ogos 12, 2022 oleh ariff bukhari

Pemerhati persaingan Australia pada hari Jumaat lalu berkata, Alphabet Inc iaitu salah satu unit milik Google telah diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan Negara Australia untuk membayar penalti berjumlah AUD$60 juta (~RM189 juta) selepas didapati bersalah mengelirukan pengguna mengenai fakta pengumpulan data lokasi peribadi penggunanya.

Mahkamah Australia mendapati Google telah mengelirukan beberapa pelanggannya tentang data lokasi peribadi yang dikumpulkan melalui peranti mudah alih Android mereka antara bulan Januari 2017 dan Disember 2018 dahulu.

Berkaitan

  • Ini Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Dengan Apple Pay Di Malaysia
  • Perbandingan Gambar - Xiaomi 12S Ultra, Galaxy S22 Ultra Dan iPhone 13 Pro
  • Hati-Hati, Meta Jumpa Jalan Untuk Kumpul Data Pengguna Tanpa Lalui 'Ask App Not To Track'

Google didapati mengelirukan penggunanya untuk mempercayai tetapan “sejarah lokasi” (“location history“) pada telefon pintar Android mereka sebagai satu-satunya cara data lokasi pengguna yang boleh dikumpulkan oleh Google apabila ciri untuk memantau aktiviti pelayar dan aplikasi juga didapati membenarkan pengumpulan dan penyimpanan data tempatan, kata Suruhanjaya Persaingan & Pengguna Australia (ACCC).

Pemerhati menganggarkan bahawa terdapat lebih 1.3 juta pengguna akaun Google di Australia yang mungkin telah terjejas sudah memulakan prosiding terhadap syarikat itu dan unit tempatannya sejak Oktober 2019 lagi.

Dalam satu kenyataan yang dibuat melalui e-mel, Google berkata pihak mereka telah menyelesaikan perkara itu dan memaklumkan telah menjadikan maklumat lokasi lebih mudah diurus dan mudah difahami.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY