Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilaporkan Rancang Bina Pusat Data Terbesar Di Asia Bernilai ~RM28 Bilion Di India

Google Dilaporkan Rancang Bina Pusat Data Terbesar Di Asia Bernilai ~RM28 Bilion Di India

Diterbitkan Ogos 1, 2025 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan akan melabur sebanyak $6 bilion (~RM28.2 bilion) untuk membina pusat data berkapasiti 1 gigawatt beserta infrastruktur tenaga di Visakhapatnam, negeri Andhra Pradesh di selatan India.

Pelaburan ini termasuk $2 bilion (~RM9.4 bilion) untuk tenaga boleh diperbaharui bagi menjana kuasa pusat data tersebut.

Ia merupakan pelaburan pertama Alphabet di India dalam sektor ini dan bakal menjadi pusat data terbesar di Asia dari segi kapasiti dan jumlah pelaburan.

Pelaburan ini adalah sebahagian daripada peluasan pusat data Google di rantau Asia, termasuk negara seperti Singapura, Malaysia, dan Thailand.

Kerajaan negeri itu menyasarkan kapasiti pusat data sebanyak 6 GW dalam tempoh lima tahun, dengan 1.6 GW sudah dipersetujui dan dijangka beroperasi dalam 24 bulan.

Untuk menyokong keperluan pusat data, negeri itu juga merancang 3 stesen pendaratan kabel laut di Visakhapatnam dan menjangkakan permintaan kuasa sehingga 10 GW.

Ealaupun ada kapasiti tambahan akan menggunakan arang batu bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil, sebahagian besarnya akan dijana daripada tenaga hijau,

Pelaburan Google ini dilihat sebagai langkah strategik gergasi teknologi itu dalam pembangunan infrastruktur digital dan tenaga mampan di India.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • OpenAI Buang Ciri ChatGPT Yang Boleh Dedahkan Perbualan Dalam Enjin Carian

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY