Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maps waze

Google Dilapor Mahu Gabungkan Organisasi Maps Dan Waze

Diterbitkan Disember 9, 2022 · Dikemas kini Disember 9, 2022 oleh Amalina Athman

Sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos, Google kini dilapor merancang untuk menggabungkan pasukan pembangun bagi aplikasi navigasi Waze ke dalam organisasi sama yang menyelia Google Maps, bermula 9 Disember 2022.

Menurut Wall Street Journal, Google tidak bercadang untuk menjalankan sebarang pemberhentian sebagai sebahagian daripada penyusunan semula itu. Bagaimanapun, CEO Waze Neha Parikh dijangka akan meninggalkan jawatannya selepas peralihan, yang mana langkah itu akan mengurangkan pertindihan kerja.

Berkaitan

  • Pengguna Waze Kini Boleh Guna Apple Music Tanpa Keluar Navigasi
  • Google Maps Kini Lebih Berinformasi Dengan 3 Ciri Baharu
  • Google Street View Akan Ditamatkan Tahun Hadapan, Pengguna Diminta Beralih Ke Google Maps

Dengan gabungan itu, seramai 500 kakitangan Waze dijangka akan menjadi sebahagian daripada Google Geo, iaitu organisasi yang bertanggungjawab mengawal selia Maps, Earth dan Street View.

Terdahulu, sejak Google memperoleh Waze pada 2013 dengan nilai sekitar $1 bilion (~RM4.4 bilion), aplikasi navigasi itu kekal berasingan daripada perkhidmatan Google Maps. Setelah gabungan itu kelak, Google memaklumkan pihaknya merancang untuk terus mengekalkan Waze sebagai aplikasi kendiri.

Berbanding Google Maps, Waze lebih tertumpu pada pemetaan crowsourcing, yang menyediakan data trafik lebih terperinci kepada pemandu. Sehingga kini, Waze mempunyai sekitar 151 juta pengguna aktif bulanan.

Gambar utama: XDA-Developers

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY