Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm_Help Net Security

Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat – Qualcomm

Diterbitkan Oktober 19, 2026 · Dikemas kini Oktober 19, 2026 oleh ariff bukhari

Ekoran laporan yang mendakwa Samsung mungkin akan melangkau model andalan (flagship) mereka dari Snapdragon terkini kerana khabar angin Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 mengalami masalah panas melampau, Qualcomm tampil menafikan laporan tersebut dengan menyatakan laporan itu sebagai tidak tepat.

Menurut jurucakap Qualcomm kepada 9to5google, syarikat itu juga menyifatkan khabar angin yang tular itu tidak mencerminkan prestasi sebenar platform berkenaan.

Kontroversi tersebut tercetus selepas beberapa laporan dari Korea Selatan mendakwa pengeluar telefon pintar tertentu sedang menilai semula penggunaan cip Snapdragon terbaru itu kerana kebimbangan terhadap prestasi termalnya.

Qualcomm menegaskan bahawa tiada isu haba berskala besar yang dikesan dan mereka terus bekerjasama rapat dengan pengeluar peranti untuk memastikan pengalaman pengguna berada pada tahap terbaik.

Malah, Ketua Pegawai Pemasaran Qualcomm, Don McGuire, turut menjelaskan bahawa laporan mengenai masalah haba tersebut adalah tidak benar dan menegaskan tiada isu termal sistemik pada cip berkenaan.

https://x.com/donnymac/status/2111123349539856806?s=20

Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dijangka menjadi antara cip Android paling berkuasa di pasaran dengan peningkatan ketara dari segi prestasi CPU dan GPU berbanding generasi terdahulu.

Beberapa jenama terkenal termasuk Xiaomi, Motorola, OnePlus, Honor dan Redmagic juga telah mengesahkan penggunaan cip tersebut dalam peranti premium mereka yang akan datang.

Qualcomm berharap, penjelasan mereka dapat meredakan kebimbangan pengguna serta mengembalikan keyakinan terhadap cip terbaharu mereka.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Qualcomm Memperkenalkan 2 Cip Mudah Alih Terpantas Di Dunia
  • Qualcomm Akan Bayar Huawei Untuk Paten 5G, AI Dan Teknologi Pengkomputeran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY