Google Chrome Selepas Ini Akan Lebih Jimatkan Bateri Komputer Mac Anda

Usaha Google untuk memperbaiki pelayan Chrome untuk pengguna mereka seharusnya diberikan perhatian. Sebelum ini mereka telah melepaskan kemaskini untuk Windows yang mengurangkan penggunaan RAM. Selain itu, pengguna Android juga akan beralih ke 64-bit yang lebih pantas.

Untuk pengguna komputer Mac pula, Google dikatakan sedang membangunkan versi Chrome yang akan lebih cekap tenaga. Apa yang dilakkan oleh Google adalah pelayar ini pada masa hadapan akan lebih mengutamakan tab yang aktif, pada masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga untuk tab yang tidak aktif.

Menurut wakil dari pembangunan Chrome, perkara ringkas ini akan memberi impak yang agak besar dari segi prestasi dan bateri untuk pengguna Mac.

Sudah tentu ini merupakan berita yang menggembirakan disebabkan Chrome buat sekian lamanya distereotaipkan dengan masalah RAM, bateri dan lain-lain lagi isu pengurusan. Dikatakan jangkaan kemaskini terbaharu Chrome dengan ciri ini akan hadir pada bulan hadapan.

Sumber: Macrumors

Berkaitan