Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 4

Google Beri Petunjuk Cip Yang Pixel 6 Guna

Diterbitkan Mei 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, kami melaporkan yang mana Google dijangka akan memuatkan cip pemprosesan mereka sendiri pada Pixel 6 yang akan dilancarkan tahun ini.

Cip tersebut merupakan hasil kolaborasi antara Google dan juga Samsung yang mana menggunakan kod nama “Whitechapel”.

Google Beri Petunjuk Cip Yang Pixel 6 Guna

Terbaru, kod nama tersebut ditemui dalam Android Open Source Project (AOSP). Bermakna, ia menguatkan lagi dakwaan bahawa Google tidak akan menggunakan Snapdragon pada telefon baharu mereka nanti.

Bercakap tentang cip itu, ia dilapor terbina dengan 2 teras Cortex-A78, 2 teras Cortex-A76 dan 4 teras Cortex-A55. Sebelum ini, Google juga pernah mendedahkan perkara yang sama bagi paparan 90Hz pada Pixel 4 melalui AOSP.

Dalam pada itu, Google akan mengadakan acara khas yang bermula 18 Mei ini. Akan tetapi, belum pasti lagi sama ada telefon baharu seperti Pixel 6 dan Pixel 5a turut diumumkan atau tidak.

Sumber: Xda

Foto utama: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
©2026 WISER.MY