Satu foto email berkaitan Google mahu memberhentikan Google Now Launcher telah dimuat naik laman Android Police. Email tersebut menyatakan bahawa Google akan memadam launcher tersebut dari PlayStore bermula pada suku pertama tahun 2017. Bagi pengguna yang sedang menggunakan Google Now Launcher, mereka akan menerima kemaskini melalui aplikasi Google Search. Selepas 1 Mac 2017, Google tidak akan meluluskan mana-mana syarikat pengeluar yang cuba untuk memasarkan peranti yang dipasang dengan launcher tersebut.
Ramai yang berpendapat hal ini terjadi adalah kerana syarikat enjin carian terkenal itu mahu memfokuskan kepada satu launcher sahaja, Pixel Launcher. Pixel Launcher diperkenalkan bersempena dengan pelancaran telefon pintar siri Pixel yang menggantikan siri Nexus. Ia merupakan produk hasil dari kerjasama dengan syarikat pengeluar telefon HTC bersama dengan Google.
Buat masa sekarang, Google Now Launcher masih boleh dimuat turun di PlayStore dan mungkin akan kekal untuk sedikit masa lagi. Bagi anda yang memilih untuk memuat turun launcher tersebut, anda harus faham yang anda tidak akan mendapat apa-apa kemaskini selepas ini.
Sumber: Android Police
Berkaitan
- OnePlus 7 Pro Dijual Pada Harga RM2999 Hingga RM4199 Untuk Pasaran Malaysia
- Siri OPPO Find X2 Rasmi - Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz
- Projek Bas Bertingkat Di China Didakwa Hanya Sekadar Penipuan
- Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
- Bill Gates Akui Silap Besar Tidak Kalahkan Android
- Dapatkan Hasil Kamera Terbaik Dari Kuad Kamera OPPO A9 2020
- Samsung Galaxy Flip 3, Buat Kami Terkenang Phone Lipat Dulu-Dulu
- iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max Kini Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM3399
- Minat Nak Pakai Kamera Keluar Masuk? Vivo NEX Kini Rasmi Pada Harga RM2799
- Razer Phone 2 Diramal Hadir Hujung Tahun Ini