Dengan Google Assistant, pelayar anda kini boleh membaca laman web dengan kuat. Setiap kali artikel tertentu dipaparkan pada pelayar peranti Android, anda boleh bercakap, "Hey Google, read it” atau “Hey Google, read this page” dan dengan segera kandungan tersebut akan dibaca melalui arahan suara.
[embed]https://youtu.be/psEX5jPkYiw[/embed]
Untuk membantu anda mengikuti bahagian yang sedang dibaca, pelayar secara automatik akan menatal halaman dan menggariskan perkataan yang sedang dibaca. Tahap kelajuan pembacaan juga boleh diubah untuk lebih laju atau perlahan serta boleh memilih pelbagai suara.
Jika kandungan asal halaman tersebut bukan bahasa yang digunakan atau difahami oleh anda, Google Assistant mempunyai keupayaan untuk menterjemah kepada 42 bahasa. Anda boleh menggunakan menu terjemahan untuk memilih bahasa yang diinginkan, dan semua halaman secara automatik akan menterjemah dan membaca dalam bahasa tersebut.
Pada masa ini, ia hanya tersedia bagi peranti Android dan tidak dapat dipastikan sama ada akan turut tersedia bagi peranti iOS, Chrome OS dan Chrome desktop di masa akan datang.
Sumber: Google
Berkaitan
- Jabatan Kehakiman AS Saman Google, Didakwa Bersikap Tidak Adil Kepada Pesaing Carian
- Google Mengaktifkan SOS Alert Bagi Carian Berkaitan Coronavirus
- Google Mula Gesa Pengguna Tetapkan Passkeys Secara 'Default'
- WhatsApp Perkenal Ciri Pindahkan 'Chat' Tanpa Google Drive Kepada Pengguna Beta
- Google Menjelaskan Isu Paparan Dan Binaan Pixel 5 Sebenarnya Adalah "Bahagian Normal Rekaan"
- Halaman Log Masuk Akaun Google Kini Dengan 'Wajah' Baharu
- Google Dilapor Sedang Membangunkan Perkongsian Aplikasi P2P Di Play Store
- Navigasi Google Maps Pada Wear OS Kini Boleh Digunakan Tanpa Telefon
- Google Umum Acara Pelancaran Pixel 8 Pada 4 Oktober
- Lesen Huawei Tamat, Apa Nasib Peranti Huawei Dengan Perkhidmatan Google?