Gmail Menambah Fungsi Lampiran Emel Dalam Emel

Emailception. Dengan tambahan baharu fungsi Gmail, pengguna kini boleh melampirkan emel lain sebagai lampiran (attachment) dalam emel mereka. Fungsi ini sangat berguna terutamanya untuk pengguna yang mahu menjejak dan menyemak emel lalu dalam satu emel secara teratur.

Jadi, pengguna tidak perlu lagi menghantar emel lain secara berasingan. Dengan fungsi ini juga, pengguna akan lebih mudah megikuti jika emel-emel tersebut berada dalam satu emel yang sama. Fungsi ini akan diletakkan pada tetapan 3 titik di bahagian menu atas emel dengan nama "Forward as attachment".



Menurut pihak Gmail, apabila emel dihantar sebagai lampiran:

  • Emel tersebut akan menjadi format fail ".eml".

  • Anda boleh melampirkan seberapa banyak emel yang dikehendaki

  • Apabila lampiran emel ".eml: diklik, ia akan dibuka pada tetingkap baharu.


Fungsi ini akan dilepaskan bermula 9 Disember dan sepatutnya sudah tersedia untuk kesemua pengguna Gmail pada 21 Januari 2020 nanti.

Sumber: Gmail

Berkaitan