Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail Menambah Fungsi Lampiran Emel Dalam Emel

Gmail Menambah Fungsi Lampiran Emel Dalam Emel

Diterbitkan Disember 10, 2019 ยท Dikemas kini Disember 10, 2019 oleh Meor Hasyim

Emailception. Dengan tambahan baharu fungsi Gmail, pengguna kini boleh melampirkan emel lain sebagai lampiran (attachment) dalam emel mereka. Fungsi ini sangat berguna terutamanya untuk pengguna yang mahu menjejak dan menyemak emel lalu dalam satu emel secara teratur.

Jadi, pengguna tidak perlu lagi menghantar emel lain secara berasingan. Dengan fungsi ini juga, pengguna akan lebih mudah megikuti jika emel-emel tersebut berada dalam satu emel yang sama. Fungsi ini akan diletakkan pada tetapan 3 titik di bahagian menu atas emel dengan nama “Forward as attachment“.

Gmail Menambah Fungsi Lampiran Emel Dalam Emel

Menurut pihak Gmail, apabila emel dihantar sebagai lampiran:

  • Emel tersebut akan menjadi format fail “.eml“.
  • Anda boleh melampirkan seberapa banyak emel yang dikehendaki
  • Apabila lampiran emel “.eml: diklik, ia akan dibuka pada tetingkap baharu.

Fungsi ini akan dilepaskan bermula 9 Disember dan sepatutnya sudah tersedia untuk kesemua pengguna Gmail pada 21 Januari 2020 nanti.

Sumber: Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY