Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail Digodam, Penyelidik Google Sahkan Penggodam Boleh Baca Semua E-Mel Masuk

Gmail Digodam, Penyelidik Google Sahkan Penggodam Boleh Baca Semua E-Mel Masuk

Diterbitkan Ogos 24, 2022 · Dikemas kini Ogos 24, 2022 oleh Amalina Athman

Laporan daripada Google Threat Analysis Group (TAG) telah mendedahkan sekumpulan penggodam yang dikaitkan dengan pengintip siber dari Iran mempunyai peralatan baharu yang boleh diguna untuk mengakses e-mel dan memuat turun data dari akaun Gmail pengguna.

Berkaitan

  • Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail
  • Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Penyelidik Google, Ajax Bash mengesahkan bahawa peralatan dengan nama “HYPERSCRAPE” digunakan untuk mencuri data pengguna daripada akaun Gmail, Yahoo! dan Microsoft Outlook. Google mula mengesan HYPERSCRAPE tersebut adalah pada tahun lalu, iaitu sekitar Disember 2021.

Bash memaklumkan bahawa kumpulan penggodam itu telah berjaya menjejaskan sebilangan kecil akaun Gmail pengguna yang terletak di Iran. Perkara ini berlaku apabila penggodam menjalankan HYPERSCRAPE pada mesin mereka sendiri untuk memuat turun peti masuk pengguna, dengan menggunakan maklumat pengesahan yang diperoleh sebelum ini.

Sebagai tindakan, Google telah memaklumkan kepada pengguna yang terjejas dan mengambil tindakan untuk melindungi semula akaun berkenaan.

Sumber: Google Threat Analysis Group

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY