Giliran Samsung Galaxy A30 Dan A50 Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan

Hari ini merupakan hari yang sibuk bagi Samsung Malaysia dimana dua siri dilancarkan untuk pasaran tanah air.

Pertama sekali model Galaxy M20 diperkenalkan dengan harga RM799 dan ia ditawarkan secara eksklusif untuk pembelian dalam talian di Samsung Online Store dan Shopee.

Kini, satu lagi siri iaitu Galaxy A30 dan A50 mengambil giliran untuk diperkenalkan.



Sudah membuat kemunculan terlebih dahulu di India, masing-masing membawakan spesifikasi seperti berikut.

Samsung Galaxy A50 (RM1199)



  • Skrin Super AMOLED 6.4 inci

  • cip Exynos 9610

  • Tiga kamera belakang 25MP+5MP+8MP

  • Kamera swafoto 25MP

  • RAM 6G

  • Storan 128GB

  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 15W

  • Sensor pengimbas cap jari pada skrin




Samsung Galaxy A30 (RM799)



  • Skrin Super AMOLED 6.4 inci

  • cip Exynos 7904

  • Dwi kamera belakang 16MP+5MP

  • Kamera swafoto 16MP

  • RAM 4GB

  • Storan 64GB

  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 15W

  • Sensor pengimbas cap jari dibelakang




Ia sudah boleh mula dibeli disemua pengedar sah Samsung Malaysia dan juga secara dalam talian. Anda boleh memilih antara tiga warna iaitu biru, hitam dan putih.

Kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan warna pilihan antara biru, hitam dan putih.