Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
US China

Giliran China Pula Tuduh Cip Syarikat AS Ancam Negaranya

Diterbitkan Mei 22, 2023 ยท Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh ariff bukhari

Jika sebelum ini kerap dilaporkan tentang dakwaan oleh pihak Amerika Syarikat (AS) yang menuduh perkakasan dan aplikasi yang dihasilkan dari syarikat China membahayakan keselamatan negaranya.

Tetapi kali ini tiba giliran China pula untuk menuduh cip yang dihasilkan oleh syarikat AS iaitu Micron boleh mengancam negara mereka.

Berdasarkan kepada laporan oleh Financial Times, Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) berkata, syarikat pembuat cip AS, Micron Technology memberikan “risiko keselamatan rangkaian yang serius” ke atas China.

Ekoran itu, China kini melarang pengendali infrastruktur utama daripada membeli cip dari syarikat tersebut.

Tindakan itu dilihat sebagai langkah besar pertama China bertindak terhadap kumpulan semikonduktor Amerika.

Giliran China Pula Tuduh Cip Syarikat AS Ancam Negaranya

Respon terhadap tuduhan dan larangan yang dikenakan itu, Jabatan Perdagangan AS berkata ia menentang sekeras-kerasnya tindakan tersebut dengan menegaskan tuduhan itu sebagai “tidak berasas”.

Tindakan China ke atas Micron akan menghapuskan pasaran yang menyumbang kira-kira 11 peratus daripada jumlah pendapatan Micron yang berjumlah ~RM140 bilion pada 2022.

Berkaitan

  • Perang Teknologi AS-China, Amerika Sekat Lebih Banyak Syarikat China
  • Montana Negeri Pertama AS Yang Bakal Sekat Aplikasi TikTok
  • Google Mungkin Akan Bolehkan Telefon Android Anda Jadi 'Dashcam' Kelak

Sumber: FT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY