Gigawatt - Mainan Baru Gabungan Transformers Dan 'Back To The Future'

Sempena ulang tahun filem Back to the Future yang ke-35, filem ini telah berkolaborasi dengan Transformers untuk menghasilkan satu mainan baru.

Mainan tersebut adalah sebuah figura aksi Transformers dalam bentuk 'flying DeLorean' milik Dr. Emmett "Doc" Brown dari filem Back to the Future.





Jika dilihat secara lebih dekat, pintu figura aksi ini juga adalah sayap DeLorean. Kapasitor Flux pula dapat dilihat dengan jelas apabila Gigawatt diubah menjadi robot. Di bawahnya pula terdapat senarai tarikh dan waktu-waktu penting yang dikunjungi Marty dalam dua filem pertama pada tahun 1985, 1955, dan 2015.













Gigawatt merupakan versi edisi terhad di mana hanya 1,985 unit sahaja akan dikeluarkan. Pra-pesanan untuk Gigawatt telah dibuka di laman web Walmart pada 2 Julai lalu. 





Sumber: Mashable