Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gigawatt transformers back to the future

Gigawatt – Mainan Baru Gabungan Transformers Dan ‘Back To The Future’

Posted on Julai 6, 2020Julai 7, 2020

Sempena ulang tahun filem Back to the Future yang ke-35, filem ini telah berkolaborasi dengan Transformers untuk menghasilkan satu mainan baru.

Mainan tersebut adalah sebuah figura aksi Transformers dalam bentuk ‘flying DeLorean’ milik Dr. Emmett “Doc” Brown dari filem Back to the Future.

gigawatt transformers back to the future
gigawatt back to the future transformers
gigawatt transformers back to the future
gigawatt transformers back to the future

Jika dilihat secara lebih dekat, pintu figura aksi ini juga adalah sayap DeLorean. Kapasitor Flux pula dapat dilihat dengan jelas apabila Gigawatt diubah menjadi robot. Di bawahnya pula terdapat senarai tarikh dan waktu-waktu penting yang dikunjungi Marty dalam dua filem pertama pada tahun 1985, 1955, dan 2015.

gigawatt transformers back to the future
gigawatt transformers back to the future
Gigawatt akan dilancarkan bersama komik siri terbitan IDW Publishing di mana dua nama besar ini digabungkan. Komik tersebut mengisahkan tentang Marty yang mengelakkan diri dari Decepticons melalui mesin masa kepunyaan Doc.
Disebabkan Marty hanya seorang manusia biasa, dia memerlukan pertolongan yang nanti hadir dalam bentuk Autobot baru, Gigawatt. Siri terhad dari IDW ini akan diterbitkan dalam empat isu.
Di bawah ini merupakan gambar kulit depan terbitan pertama, bersama dengan poster Back to the Future yang telah diubah dengan Gigawatt menggantikan Marty.
gigawatt transformers back to the future
gigawatt transformers back to the future
Gigawatt merupakan versi edisi terhad di mana hanya 1,985 unit sahaja akan dikeluarkan. Pra-pesanan untuk Gigawatt telah dibuka di laman web Walmart pada 2 Julai lalu. 
Sumber: Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress